Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    BBA umumkan senarai perlawanan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) mengeluarkan senarai perlawanan dan pasukan yang menyertai kejohanan bola keranjang Piala You-C1000 2022, yang dijangka akan berlangsung pada 25 Jun ini.

    Sebanyak 19 pasukan akan bertanding dalam merebut gelaran juara bagi kategori terbuka lelaki, manakala tiga pasukan bagi kategori terbuka wanita.

    Juara bertahan, pasukan Easyway terpaksa berhati-hati dengan pasukan Yi’s Nation daripada kumpulan A dengan beberapa pasukan baharu iaitu D’Barkad’Z, Chill dan Unity.

    Sementara itu, perlawanan dalam kumpulan B akan menyaksikan pertembungan yang menarik dengan adanya pasukan Pegasus, Propel, Fuzhou Shiyyi Association, Fateh Sdn Bhd dan naib juara tahun lalu iaitu pasukan TK Tea House.

    Kumpulan C pula akan menyaksikan perlawanan antara pasukan Patriots, Tropang FBC, Nuc-tech dan Burger King.

    Pasukan wanita yang menyertai pertandingan ialah Le Doux Patisseria, GHK dan Propep Services and Trading.

    Bagi kategori terbuka lelaki, tiga pasukan teratas daripada kumpulan A dan B akan mara ke perlawanan suku akhir sementara dua pasukan teratas daripada kumpulan C akan berentap untuk mara ke kelompok lapan terakhir.

    Sementara itu, pasukan wanita akan beraksi dalam format round robin, pemenang akan ditetapkan selepas dua pusingan.

    Pasukan yang layak dalam kategori terbuka lelaki akan dapat diketahui setelah perlawanan peringkat kumpulan yang dijangka berakhir pada 13 Julai.

    Perlawanan suku akhir akan diadakan pada 16 dan 17 Julai, manakala separuh akhir pula akan berlangsung pada 19 Julai.

    Pertandingan berkenaan akan menutup tirainya dengan perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 22 Julai nanti.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...