Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    BBBF adakan mesyuarat agung tahunan ke-21

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Forum Perniagaan Britain Brunei (BBBF) telah mengadakan mesyuarat agung tahunan ke-21 di Kediaman Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, di Kota Batu, baru-baru ini.

    Pada mesyuarat itu, Ketua Pegawai Operasi Kolej Perdagangan Laksamana (LCB), Siva Subramaniam telah dilantik semula sebagai pengerusi jawatankuasa baharu manakala Ambrose Nathan dilantik sebagai bendahari kehormat dan Yee-Man Cheng pula dilantik semula sebagai setiausaha kehormat forum itu.

    Pengurus Besar Hotel Radisson, Miriam Wolber dan Ketua Hal Ehwal Korporat, dan Ketua Hal Ehwal Pemasaran, Jenama dan Pemasaran Bank Standard Chartered, Marilyn Graeme pula dilantik sebagai ahli jawatankuasa terbaharu forum itu.

    Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British, Catherine Pochkhanavala-Cleeve dalam ucapannya berkata, 2021 merupakan tahun penting bagi hubungan United Kingdom (UK) – Brunei dan UK-ASEAN, UK menjadi Rakan Dialog ASEAN dan melancarkan Dialog Strategik dengan Brunei, membuka jalan untuk meningkatkan kerjasama dan hubungan ekonomi.

    Pada tahun 2022, jelasnya, mereka berharap untuk mengembangkan hubungan berkenaan serta meraikan Jubli Platinum HM The Queen (75 tahun) menaiki tahkta.

    Ahli BBBF semasa sesi bergambar ramai pada mesyuarat berkenaan yang telah diadakan baru-baru ini.- Gambar serahan BBBF

    Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada BBBF atas sambutan hangat yang telah diberikan semasa tiba di negara ini beberapa bulan yang lalu.

    Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada BBBF atas peranan penting yang dimainkannya dalam memupuk hubungan perniagaan antara UK dan Brunei.

    Suruhanjaya Tinggi British berterima kasih atas sokongan BBBF dan berharap dapat bekerjasama pada tahun akan datang.

    Siva Subramaniam pula melahirkan perasaan gembira kerana pelantikan sebagai pengerusi BBBF dan teruja untuk meneruskan peranan berprestij itu semasa meraikan ulang tahun ke-20 BBBF pada tahun ini.

    Beliau turut berharap dapat bekerjasama rapat dengan jawatankuasa dan rakan kongsi strategik untuk memenuhi matlamat mereka bagi memajukan perdagangan antara Brunei Darussalam dan UK.

    Dengan AGM berkenaan jatuh pada Hari Wanita Antarabangsa dengan tema Break The Bias, BBBF meraikan pencapaian wanita dalam semua bidang masyarakat dan menggalakkan kesaksamaan jantina, bukan saja dalam forum yang diadakan tapi dalam syarikat yang diwakili secara kolektif.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...