Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    BBBF hos ceramah Brunei Fintech Future

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Seramai 60 orang ahli dan tetamu telah menghadiri ceramah bertajuk Brunei Fintech Future yang dihoskan oleh Britain Brunei Business Forum (BBBF), hari ini.

    Pada acara itu, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid dalam ucaptama beliau antara lain menggariskan, fintech dijangka menimbulkan pembayaran tanpa geseran, penyelesaian transaksi yang lebih pantas dan kos perniagaan yang lebih rendah.

    “Usaha memodenkan sistem pembayarann jelas diterima baik dengan nilai transaksi pembayaran digital di negara ini telah meningkat sebanyak 87.8 peratus dalam tempoh lima tahun lalu,” jelasnya.

    Turut hadir pada majlis ialah Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei, Tuan Yang Terutama John Virgoe yang seterusnya menyampaikan ucapan perasmian ceramah. Sementara itu, Pengerusi BBBF, Siva Subramaniam dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, BBBF berbesar hati sekali lagi dapat menganjurkan acara kepimpinan untuk ahli dan tetamunya yang menyentuh mengenai topik dan trend perniagaan sebagai penggerak penting dalam menjalankan perniagaan pada zaman ini.

    Katanya lagi, “Melalui rangkaian kami, kami dapat mengumpulkan tokoh-tokoh terkemuka dalam sektor swasta dan awam untuk membincang dan berkongsi pandangan yang akan menguntungkan semua pihak.”

    Ahli panel pada program itu terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Bank Standard Chartered Brunei, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim; Naib Presiden State Street Digital, Singapura, Irfan Syed Ahmad; Naib Presiden, Institutional Services, State Street Brunei, Edmund Teo; Pengarah Urusan, Beep Digital Solutions Sdn Bhd, Denny Muslim dan Naib Presiden, IT, Digital & Innovation, DST, Andy Lai.

    Dato Seri Paduka Haji Khairuddin (tiga kanan) TYT John Virgoe (empat kanan), Siva Subramaniam (dua kanan) bersama tetamu lain pada majlis yang diadakan kelmarin. – Gambar serahan BBBF
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    34 paus mati terdampar di Tasmania

    SYDNEY, 1 DIS – Sekumpulan 34 ekor ikan paus pilot ditemukan mati terdampar di sebuah pantai di pulau Tasmania, Australia, menurut laporan media tempatan...