Tuesday, November 29, 2022
25.2 C
Brunei

-

BBC kurangkan beratus pekerjaan

LONDON, 30 SEPT – BBC pada Khamis umum pengurangan 382 pekerjaan sebagai sebahagian daripada langkah meluas untuk mengurangkan kakitangan Perkhidmatan Dunia BBC.

“Inflasi yang tinggi, kos yang melambung tinggi dan penyelesaian yuran lesen tunai sekata menyebabkan BBC terpaksa mengambil keputusan yang sukar membabitkan seluruh BBC, dan perkhidmatan antarabangsa BBC perlu membuat penjimatan sebanyak £28.5 juta sebagai sebahagian daripada £500 juta simpanan tahunan dan pelaburan semula untuk BBC diterajui secara digital,” lapor agensi Anadolu memetik kenAyataan oleh syarikat penyiaran itu.

Perkhidmatan penyiaran dalam bahasa Cina dan Urdu akan dikurangkan, manakala perkhidmatan khusus dalam bahasa Gujarat, Igbo, Indonesia, Pidgin dan Yoruba akan dialihkan ke format dalam talian sahaja.

BBC juga akan menghentikan sepenuhnya perkhidmatan radio, antaranya dalam bahasa Arab, Parsi, Hindi, Cina, Kyrgyz dan Urdu. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Taliban Pakistan tamat gencatan senjata

ISLAMABAD, 28 NOV – Taliban Pakistan berkata hari ini mereka telah membatalkan gencatan senjata goyah yang dipersetujui dengan kerajaan pada Jun lalu dan mengarahkan...
- Advertisment -