BCF adakan bengkel catur di SECA

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Persekutuan Catur Brunei (BCF) telah menggariskan rancangan untuk mempromosikan catur ke setiap sekolah di Negara Brunei Darussalam berikutan bengkel catur untuk guru-guru dan pelajar-pelajar Sekolah Cemerlang Abejess (SECA) di Kampung Kapok, Muara baru-baru ini.

Dikendalikan oleh Jurulatih FIDE Master (FM) Aliuddin dan Mohammad Shawal, antara lain objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai permainan catur di kalangan guru-guru, kakitangan dan para pelajar.

Bengkel selama tiga jam itu memberi pemahaman asas mengenai cara bermain catur dan pelajaran asas untuk yang baru belajar. Para pelatih juga menyediakan kuiz, latihan dan demonstrasi di bengkel tersebut. Dengan mengadakan bengkel seperti itu dapat membantu para guru menunjukkan pemahaman asas tentang catur. BCF mempunyai beberapa jurulatih yang berkelayakan dan berhasrat untuk mengadakan lebih banyak kelas pada masa akan datang serta mengembangkan peminat catur di negara ini. Turut hadir semasa bengkel tersebut ialah Pengetua SECA, Angela Lim Soon Mei.

Antara yang hadir pada bengkel catur yang berlangsung di SECA. – Gambar serahan BCF