Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    BCL dikatakan hamil gara-gara perut buncit

    Nama penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet di Indonesia gara-gara perutnya kelihatan buncit.

    Memetik laporan Insertlive, ramai membuat spekulasi penyanyi itu sedang hamil ekoran perutnya jelas kelihatan besar ketika mengenakan baju T putih yang dipadankan dengan seluar legging.

    Gambar BCL dirakam ketika penyanyi itu sedang menjalani sesi pe-meriksaan suara di sebuah konsert di Medan, Sumatera Barat.

    Lebih hangat, ada segelintir percaya BCL sedang hamil dan mengaitkan nama vokalis kumpulan Noah iaitu Aeril yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan penyanyi tersebut.

    “Semakin besar perut BCL. Dia dengan Aeril, kan? Kita tunggu beberapa bulan lagi,” komen warganet.

    Bagaimanapun, ada mendakwa bentuk perut penyanyi berkenaan sememangnya sedikit buncit dan ramai menyangkal BCL sedang hamil.

    “Perut aku pun akan buncit kalau banyak makan. Perut dia memang macam itu daripada dulu lagi.

    “Mungkin dia sedang bahagia dan banyak makan… tak salah pun perut buncit,” komen warganet lagi. – Agensi

    Perut buncit BCL jadi bualan warganet. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...