Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    BCL mahu terus positif jalani hidup

    Semua orang tahu Bunga Citra Lestari atau BCL merentas fasa yang cukup sukar dalam hidupnya. Sisa kesedihan kehilangan suami tersayang, Ashraf Sinclair masih terasa walau sudah hampir tiga tahun berlalu.

    Pun demikian, BCL tidak mahu perasaan itu terus menghambat dirinya. Secara lahiriahnya, penyanyi jelita kelahiran Jakarta, Indonesia itu dilihat terus cekal menjaga satu-satunya permata hatinya, Noah Sinclair yang kini sudah menginjak usia 12 tahun.

    BCL juga secara perlahan-lahan mengorak langkah dengan kembali bersosial dengan orang di sekelilingnya.

    Pada masa sama, beliau bijak mencari ruang dalam kerjaya seni. Selain mencari rezeki, barangkali dengan cara itu, empunya diri dapat mencari ruang terbaik untuk penyembuhan emosinya.

    Ungkap BCL, sebenarnya tidak mudah untuk kembali bangkit daripada kesakitan yang sukar diluahkan dengan perkataan tanpa semangat yang disalurkan oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat.

    BCL jalani kehidupan berdua dengan Noah seadanya. – Agensi

    “Selepas kehilangan Ashraf pada tahun 2020, selama lapan bulan saya hanya berada di rumah bersama anak dan ahli keluarga lain tanpa berhubungan langsung dengan orang luar.

    “Malah, saya juga tidak menyentuh telefon bimbit selama sebulan kerana ketika itu emosi saya terganggu dengan kehilangan besar yang sememangnya tidak disangka-sangka.

    “Alhamdulillah atas sokongan dan semangat yang diberikan orang-orang terdekat termasuk keluarga Ashraf sendiri, saya mula beradaptasi dengan kehilangan itu dan kembali fokus kepada tanggungjawab membesar dan membahagiakan anak saya, Noah,” ujarnya kepada SinarPlus ketika ditemui pada sidang akhbar sempena konsert solo pertamanya yang bakal berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur pada 27 Januari depan.

    Menambah bicara, wanita berusia 39 tahun itu berkata, segala apa yang dilalui, menjadikan dirinya bertambah matang dan semakin kuat melangkah hari-hari mendatang meski tanpa suami di sisi.

    “Seberat apa pun badai yang datang dalam hidup seseorang, kita pasti mampu untuk bangkit kembali. Kita perlu sedar bahawa dalam hidup ini, kita tidak akan selalu berada di atas.

    “Kalau sudah jatuh sekalipun, kita mesti bersyukur kerana masih diberi nafas untuk berbuat baik dan boleh mencari bahagia meskipun dengan cara yang berbeza,” katanya penuh makna tersirat. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...