Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    BCL sudah punya kekasih?

    Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari dikatakan sudah berani mempamerkan kemesraan dengan seorang lelaki yang didakwa merupakan teman lelakinya.

    Menerusi satu perkongsian video, Bunga atau BCL yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-40 kelihatan mesra menari dan bergambar dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Tiko Aryawardhana.

    Melihatkan kemesraan itu, rata-rata warganet mula mencipta spekulasi sendiri yang beranggapan BCL sudah membuka hatinya untuk cinta baharu selepas pemergian suaminya, Ashraf Sinclair dua tahun lalu.

    Memetik laporan Liputan 6, Tiko bukan pertama kali muncul dalam video BCL itu tetapi pernah beberapa kali dilihat bergambar bersama penyanyi Cinta Sejati itu.

    Malah, Tiko yang pernah belajar di salah sebuah institusi pengajian sama dengan BCL itu merupakan duda anak tiga.

    Bekerja sebagai pegawai bank, Tiko juga mempunyai bakat nyanyian dan itu dikatakan mendekatkan lagi dia dengan BCL.

    Menurut beberapa sumber, Tiko juga sering kelihatan dalam setiap majlis tertutup anjuran BCL yang hanya dihadiri ahli keluarganya dan keluarga Allahyarham Ashraf. – Agensi

    Bunga Cinta Lestari hangat diperkatakan sudah mempunyai pengganti arwah Ashraf Sinclair. – Agensi

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...