Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    BCL terluka dituduh hamil anak Ariel

    Penyanyi Bunga Citra Lestari terluka dengan tuduhan sedang hamil anak vokalis kumpulan Noah iaitu Ariel selepas video yang menunjukkan perutnya buncit tular, baru-baru ini.

    Menyifatkan dakwaan sebagai tindakan ejek tubuh (body shaming), Bunga atau lebih mesra disapa BCL berkata, sebarang perubahan bentuk tidak perlu dipersoalkan kerana dia juga manusia biasa dan tidak sempurna.

    “Saya sedih dengan perbuatan ‘body shaming’ yang dilakukan. Tetapi, saya tahu tak semua faham kenapa perut saya nampak sedemikian.

    “Ada banyak aspek yang mempengaruhi. Antaranya, kedudukan bentuk tubuh, sudut gambar diambil, pencahayaan dan perut kembung akibat datang bulan.

    “Saya juga suka makan tengah malam. Lagipun, saya bukan muda lagi, akan mencapai usia 40 tahun dalam masa beberapa bulan lagi.

    BCL mahu menjalani kehidupan lebih positif demi kesihatan dan mental. – Agensi

    “Jadi, tentunya banyak perubahan yang berlaku,” katanya kepada BH Online.

    Tambah isteri kepada pelakon dan pengacara dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair itu berharap perubahan pada bentuk tubuh dilihat sebagai sesuatu positif, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

    “Tiga tahun lalu saya sangat kurus dan berat badan semakin menyusut walaupun makan banyak. Tetapi, sekarang walaupun tabiat pemakanan saya masih sama, berat badan saya bertambah.

    “Saya mengharapkan orang akan perasan saya kini lebih segar, sihat dan gembira mungkin kerana fasa kesedihan sudah berlalu, walaupun masih panjang.

    “Namun, rupanya penerimaan mereka jadi berbeza,” luah penyanyi Cinta Sejati ini ketika ditemui pada sidang media BCL Blossom Intimate Concert yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

    Ketika ini, BCL mahu menjalani kehidupan yang lebih positif demi kesihatan dan mental. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...