BD-BEBC terima 2,400 penutup mulut dan hidung

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Persatuan Import dan Eksport Taipei Brunei Darussalam diwakili oleh Andrew Lee dari Pejabat Budaya dan Ekonomi Taipei Brunei Darussalam telah menyumbangkan sebanyak 2,400 keping penutup mulut dan hidung kepada Majlis Perniagaan BIMP-EAGA Brunei Darussalam (BD-BEBC), hari ini.

Hadir menerima sumbangan berkenaan ialah Pengerusi BD-BEBC, Pengiran Haris Duraman.

Sumbangan berkenaan merupakan antara usaha berterusan persatuan berkenaan untuk mengeratkan hubungan yang sedia ada dan sama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Hadir menyaksikan penyampaian sumbangan berkenaan ialah Penasihat Agung dan Bekas Pengerusi BD-BEBC, Pengiran Haji Yura Kesteria bin Pengiran Setia Negara Pengiran Dr Haji Mohd Yusof dan Naib Pengerusi BD-BEBC, Kapten (B) Zailan bin Pehin Datu Kerma Setia Dato Seri Laila Jasa Mohd Don.

Dengan adanya sumbangan penutup mulut dan hidung ini juga usaha akan dapat menyokong lagi usaha kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi yang terlibat.

Andrew Lee menyampaikan sumbangan kepada Pengiran Haris sambil disaksikan oleh Pengiran Yura Kesteria dan Kapten (B) Zailan.