Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    BDAC beriga khidmat pengantaraan selesai pertikaian

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengantaraan, Pusat Timbang Tara Brunei Darussalam (BDAC) bersama pengantara bertauliah Pusat Pengantaraan Singapura (SMC)-BDAC telah menganjurkan Fireside Chat: A Mediator’s Take on Peace Building di pejabat BDAC, Jalan Kumbang Pasang pada 19 September lalu.

    Sesi perbincangan yang diadakan secara hibrid kasual itu dihadiri oleh 29 peserta daripada sektor kerajaan, sektor swasta, pelajar undang-undang dan akademik serta individu. Manakala itu, lebih daripada 50 orang telah menghadiri sesi itu secara maya termasuk dari Indonesia dan India.

    Ia dikendalikan oleh seorang pengantara dari Changaroth Chambers LLC, Singapura iaitu Anil Changaroth, dan diiringi oleh Pengantara Bertauliah SMC-BDAC, Lenny Rahman dan Camren Rias dari HLR Law sebagai moderator, serta Nur’ Azizah binti Ahmad daripada AIP Law.

    Semasa sesi berkenaan, Anil seterusnya mengambil kesempatan bagi mengongsikan pengalamannya dalam bidang pengantaraan, termasuk pengantaraan di mahkamah, pengantaraan melalui institusi-institusi, pengantaraan secara ad hoc, dan International state-investors.

    Beliau seterusnya membincangkan rangka kerja yang berkait dengan pengantaraan iaitu proses-proses, pengurusan pelanggan dan kemahiran menyelesaikan masalah, dan budaya.

    BDAC ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan timbang tara dan pengantaraan bagi memenuhi keperluan pengguna domestik dan antarabangsa.

    Perbincangan berkenaan adalah yang pertama seumpamanya yang dianjurkan oleh pusat tersebut yang juga bertujuan sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menjadi tempat pilihan bagi penyelesaian pertikaian.

    Dengan adanya perbincangan itu, BDAC berharap orang ramai akan menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang ada yang ditawarkan di BDAC untuk menyelesaikan pertikaian mereka.

    Anil Changaroth bersama pengantara bertauliah SMC-BDAC dan ketua pegawai eksekutif interim BDAC serta pihak pengurusan dan pegawai BDAC yang hadir semasa sesi berkenaan. – Gambar serahan BDAC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...