BDAFC bersama bendung wabak COVID-19

Oleh Salawati Haji Yahya

TEMBURONG, 7 SEPT – Persatuan Jurulatih Bolasepak Brunei Darussaalam (BDAFC) juga tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan bagi membantu para petugas barisan hadapan dan pesakit-pesakit COVID-19 di negara ini.

Hasil inisiatif daripada ahli-ahli, keluarga dan rakan-rakan, BDAFC menyumbangkan water dispenser dan refill water kepada barisan hadapan dan juga bagi kegunaan pesakit COVID-19 di pusat pengasingan di Kem Latihan PKBN, Daerah Temburong.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden BDAFC, Pengiran Serfuddin bin Pengiran Haji Mohd Salleh; Timbalan Presiden, Awang Mohamad Darus bin Tanjong; Kewangan BDAFC, Haji Mohd Ali Rahman bin Haji Sulaiman dan ahli Exco BDAFC, Awang Mohammad Helme bin Panjang.

Presiden BDAFC turut melahirkan penghargaan kepada semua penderma yang bermurah hati menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban pihak-pihak yang terbabit sambil mengharapkan lebih ramai lagi akan tampil untuk menyumbang apa jua bentuk derma bagi sama-sama menyatakan sokongan masing-masing.

BDAFC ketika menyerahkan sumbangan bagi pusat pengasingan di Kem Latihan PKBN.