BDBA bincang rancangan semasa dan masa depan

Oleh Daniel Lim

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Bagi melihat semula aktiviti persatuan sepanjang tahun, serta cabaran yang dihadapi terutamanya pandemik COVID-19 yang masih melanda dunia, Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Restoran Ching Wah, Seria semalam.

Hadir pada AGM tersebut ialah Pengerusi BDBA, Koo Kang Loi dan ahli-ahli jawatankuasa persatuan.

“Persatuan ini telah menjadi sebuah organisasi tumpuan untuk mengadakan perlawanan bola keranjang di Daerah Belait, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli persatuan atas dedikasi dan komitmen mereka.”

Beliau berharap dedikasi mereka berlanjutan pada tahun-tahun mendatang bagi memastikan sokongan berterusan terhadap pembangunan sukan bola keranjang di daerah itu.

“Oleh kerana COVID-19 yang melanda negara pada bulan Mac, Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait telah menghentikan semua perlawanan dan aktiviti bola keranjang sehingga makluman lebih lanjut,” jelasnya.

Koo Kang Loi dan ahli-ahli jawatankuasa persatuan semasa sesi Mesyuarat Agung Tahunan tersebut.

Walaupun terdapat sekatan, beliau menyatakan bahawa persatuan sekarang tidak mempunyai rancangan besar untuk acara bola keranjang dalam masa terdekat.

“Pada masa yang sama, kami akan terus bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan serta persatuan bola keranjang lain di seluruh negara untuk membantu mendorong dan menarik lebih ramai pemain remaja dan peminat bola keranjang untuk menyertainya,” tambahnya.

Pada masa yang sama, dia juga berharap dapat meningkatkan pembangunan bola keranjang di Daerah Belait dan meneroka lebih jauh lagi pemain berpotensi di daerah tersebut dan mengembangkan bakat mereka bukan sahaja di dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa.

Ketua BDBA juga berharap lebih banyak penyertaan di peringkat jawatankuasa untuk mewujudkan misi persatuan bagi memajukan sukan bola keranjang di daerah tersebut.

“Setelah mesyuarat pada pertemuan keahlian terakhir kami pada bulan November tahun lalu, beberapa perubahan besar telah berjaya dibuat,” jelasnya.

Di samping itu, dia juga menyatakan bahawa pada bulan Oktober tahun ini, ahli jawatankuasa juga telah meluluskan pertukaran beberapa jawatankuasa yang mengakibatkan beberapa jawatan dalam jawatankuasa dirombak semula dan diumumkan oleh pengerusi BDBA semasa AGM semalam.

Ketua BDBA juga mengambil ke-sempatan untuk melihat semula aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut dari tahun 2019 hingga 2020 serta membuka ruang untuk cadangan daripada ahli jawatankuasa untuk memperluas skop persatuan sebagai usaha untuk terus menyokong sukan itu.

Ketua BDBA juga mengumumkan bahawa untuk membantu memberi inspirasi dan mendorong memajukan sukan di daerah itu, beliau mengemukakan cadangan agar pengerusi BDBA yang lalu, Chai Tze Yun menjadi pengerusi kehormat BDBA, yang diterima dengan baik oleh ahli jawatankuasa.