Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    BDBA lantik jawatankuasa baharu

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 6 JUN – Sebagai sebahagian daripada majlis tahunan Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) bagi menyelaras aktiviti-aktiviti sepanjang tahun, BDBA telah mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) di Restoran Chin Wah, Seria, kelmarin.

    Hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pengerusi BDBA, Koo Kong Loi, dan ahli-ahli jawatankuasa persatuan tersebut.

    Dalam ucapan alu-aluannya, pengerusi BDBA menjelaskan bahawa tahun lalu persatuan tidak melakukan banyak kegiatan, dengan beberapa aktiviti dan pertandingan dibatalkan atau ditangguhkan berpunca daripada penularan wabak COVID yang melanda negara.

    “Semasa negara menjalani Fasa Endemik, beberapa aktiviti kembali dijalankan bermula 1 Jun.

    “Dengan itu, AGM ini bukan sahaja menumpukan mesyuarat malah pemilihan ahli lembaga baharu yang ditangguhkan sejak November tahun lalu sehingga Jun tahun ini,” kata Koo lagi.

    Pengerusi BDBA dan ahli-ahli jawatankuasa persatuan semasa sesi bergambar ramai pada mesyuarat tersebut. – Gambar serahan BDBA

    Beliau juga melahirkan penghargaan kepada pengamal sukan dan penaja yang telah menyokong BDBA beberapa tahun kebelakangan ini dan sejak itu, seramai 12 ahli telah menyertai persatuan itu bagi menyokong sukan bola keranjang di Daerah Belait.

    Beliau berharap ahli jawatankuasa baharu akan terus berusaha mencapai misi persatuan dalam membantu pemain sukan bola keranjang, selain meningkatkan semangat kesukanan dalam bola keranjang, meneroka pemain yang berpotensi dan mempersiapkan mereka untuk bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

    Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan aktiviti fizikal dan kewangan yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu, sekali gus pemilihan ahli lembaga jawatankuasa baharu tahun 2022 hingga 2024 dapat dilaksanakan selepas pelonggaran sekatan.

    Pemilihan ahli lembaga jawatankuasa baharu termasuklah Koo Kong Loi yang mengekalkan jawatannya sebagai pengerusi persatuan, sementara Liu Vui Pin dan Foo Kian Ming memegang jawatan pemangku pengerusi pertama dan kedua.

    Dengan pelantikan tersebut, BDBA bakal membuat persiapan untuk acara terbesarnya sekitar Julai nanti, Piala Cabaran Bola Keranjang Terbuka Aewon.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...