BDBA tangguh kejohanan bola keranjang

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Bagi mengutamakan keselamatan dan kesihatan orang ramai berikutan dengan isu wabak koronavirus, pihak Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA) dan pihak kerajaan telah bekerjasama untuk mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan acara-acara awam.

BDBA telah memutuskan untuk menangguhkan perlawanan Kejohanan Bola Keranjang Asli-KTM mereka, yang telah dijadualkan pada 15 Februari ini sehingga tarikh tertentu yang akan diumumkan oleh BDBA nanti.

BDBA memohon maaf atas sebarang kesulitan dan mengucapkan terima kasih kerana memahami dan menyokong persatuan dalam usaha mereka untuk terus membangunkan sukan itu di negara ini.