Saturday, November 2, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BDCB arah Remittance@Seconds henti perkhidmatan kiriman wang

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), dengan kuasa di bawah Bab 54 Perintah BDCB, 2010, telah mengarahkan pemegang lesennya, Remittance@Seconds, untuk menghentikan penerimaan wang daripada orang ramai bagi tujuan kiriman wang bermula hari ini.

    Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh BDCB menyatakan perniagaan berkenaan telah gagal untuk mematuhi beberapa syarat lesen perniagaan kiriman wang yang ditetapkan oleh BDCB, termasuk membenarkan pekerja yang tidak diberi kuasa bagi menjalankan perniagaan kiriman wang bagi pihak Remittance@Seconds.

    Perniagaan tersebut juga didapati tidak mempunyai sumber-sumber, kawalan dalaman dan prosedur yang mencukupi demi menjaga kepentingan pelanggan.

    Arahan ini akan berkuat kuasa hingga BDCB berpuas hati terhadap perlaksanaan langkah-langkah pembaikan bersesuaian dan teratur yang diambil oleh perniagaan tersebut.

    BDCB akan memantau situasi ini secara berterusan dan, jika perlu, akan mengambil tindakan yang sewajarnya demi menjaga kepentingan orang ramai dan memastikan kestabilan kewangan Negara Brunei Darussalam.

    Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi BDCB di talian 2381370 pada waktu pejabat atau e-mel infomcr@bdcb.gov.bn

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda