Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Pasukan Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) muncul juara dalam kejohanan bola sepak jemputan yang dihoskan oleh Dynamik Technologies, kelmarin.
Sementara itu, Pasukan Dynamik Technologies meraih tempat kedua dan Kementerian Kesihatan berada di tempat ketiga.
Acara dianjurkan oleh Supersquad dan berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam itu menyaksikan tujuh pasukan mengambil bahagian.
Antara pasukan yang mengambil bahagian ialah BDCB, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, Bahagian Pelaburan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Progresif, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan dan Dynamik Technologies.
Sebanyak $1,050 telah berjaya dikumpulkan daripada kejohanan itu yang akan disumbangkan kepada Goals for Education, kutipan derma oleh Dynamik Technologies dan Progresif untuk mengumpul dana dan membeli komputer riba untuk para pelajar yang memerlukan peranti ICT.