Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    BDGA akan anjurkan golf outing

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Junior (JDP) Persatuan Golf Brunei Darussalam (BDGA) akan menganjurkan golf outing untuk lima pemain JDP yang terbaik, di Green Course Jerudong Park Polo Club (JPPC).

    Para pemain muda berumur antara 10 dan 14, akan diperkenalkan dengan permainan di lapangan sebagai sebahagian daripada pembangunan mereka. Selepas lebih setahun menjalani latihan sejak Mei 2021, bakat muda berkenaan telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa dan akan dibawa ke peringkat seterusnya.

    Golf outing juga diharap agar para pemain akan terus maju dan berdaya saing di masa akan datang.

    BDGA mengucapkan terima kasih kepada Pengiran Wirahadikusuma bin Pengiran Haji Mohd Salleh, jurulatih Jabatan Belia dan Sukan, ibu bapa dan penaja, Begawan Atlet, atas segala sumbangan mereka dalam menjayakan acara tersebut.

    Presiden BDGA Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Hakeem bergambar bersama pemain golf muda di JPPC. – Gambar serahan AJK Persatuan Golf Brunei Darussalam (BDGA)
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...