Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    BDPF adakan mesyuarat

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Persekutuan Petanque Brunei Darussalam (BDPF) kelmarin telah mengadakan mesyuarat di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dengan atlet kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Petanque Asia Keempat dan ahli-ahli yang akan menyertai kursus kejurulatihan dan pengadilan di luar negara.

    Kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Petanque Thailand akan diadakan di Bangkok dari 10 hingga 14 November.

    Kontinjen Brunei seramai 15 orang akan diketuai oleh Hajah Norhaini binti Dollah selaku ketua delegasi dan pengurus pasukan petanque Brunei Darussalam.

    Mazlan bin Haji Yahya, Wirna bin Haji Mohamad Yassin, Masli bin Haji Mohd Said dan Zunaidi bin Haji Ali akan bertanding dalam acara Lelaki Triples.

    Manakala, Surtini binti Haji Abidin, Mulsinah binti Haji Amran, Wedy Nurul Suzuna binti Luon dan Norhani binti Haji Juna akan bertanding dalam acara Wanita Triples.

    Sementara itu, Hamidun bin Haji Abdul Hamid, Anuar bin Engin dan Haji Rohaininawawi @ Haji Mohd Nawawi bin Haji Nauhi akan mengikuti Kursus Kejurulatihan Petanque Peringkat 1, Konfederasi Sukan Boule Asia (ASBC) di hotel Witz di Bangkok dari 9 hingga 11 November.

    Pada masa yang sama, Marhalim bin Haji Juni dan Siti Norhalfilah binti Haji Arun pula akan menghadiri Kursus Pengadilan Antarabangsa ABSC di tempat dan waktu yang sama.

    Kursus kejurulatihan dan pengadilan itu akan dianjurkan oleh ABSC, iaitu badan induk petanque.

    Gambar ramai kontinjen Brunei yang akan menyertai kursus dan kejohanan di luar negara. – Gambar serahan BDPF
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...