Tuesday, October 4, 2022
24.3 C
Brunei

BDTTA anjur kejohanan Piala Sultan 2022

-

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Persatuan Pingpong Brunei Darussalam (BDTTA) telah menganjurkan kejohanan Piala Sultan 2022 bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76.

Kejohanan berprestij tersebut julung-julung kalinya diadakan oleh BDTTA.

Kejohanan yang melabuhkan tirainya pada 31 Julai lalu itu menyaksikan empat kategori dipertandingkan iaitu kategori perseorangan terbuka lelaki, kategori perseorangan terbuka wanita, kategori perseorangan lelaki dan terbuka wanita bawah 19 tahun, kategori perseorangan lelaki dan terbuka wanita bawah 15 tahun dan 12 tahun.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohammad.

Juga hadir adalah Penaung BDTTA, Yang Amat Mulia Pengiran Ratna Wijaya Brigadier Jeneral (B) Pengiran Haji Hasnan bin Pengiran Ahmad dan Presiden BDTTA, Pengiran Haji Muhammad Noor bin Pengiran Haji Tajuddin.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama pemenang-pemenang kejohanan Piala Sultan 2022 anjuran BDTTA. – Gambar serahan BDTTA

Kejohanan tersebut turut dihadiri oleh Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Haji Mohammad Rosfazilah bin Haji Yusly dan Ketua Urusetia Majlis Sukan, Jabatan Kokurikulum, Dayang Umi Khaltum binti Haji Abdul Karim.

Bagi kategori perseorangan terbuka lelaki telah dimenangi oleh Awangku Abdul Basheer bin Pengiran Haji Muhammad Noor. Bagi kategori perseorangan terbuka wanita pula dijuarai oleh Sia Mee Mee.

Awangku Hilmanudin bin Pengiran Haji Baharuddin menjuarai kategori perseorangan lelaki bawah 19 tahun. Sementara itu, Ling Yi Zhen memenangi tempat pertama kategori perseorangan perempuan bawah 19 tahun.

Bagi kejohanan dalam kategori perseorangan lelaki dan wanita terbuka bawah 15 tahun, Lim Yeu Jun dan Yumiko Woo Jing tampil juara.

Dalam kategori perseorangan lelaki bawah 12 tahun, Benjamin Tan Zi Bin menjuarai perlawanan kategori tersebut sementara Lim Khe Ying tampil juara kategori perseorangan perempuan terbuka bawah 12 tahun.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -