Thursday, May 22, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beach Bunch lancar inisiatif tingkat keselamatan tepi pantai

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Berdasarkan kepada statistik, kadar purata kejadian mati lemas di kawasan pantai di negara ini adalah di antara tiga hingga empat kes setahun namun dengan tragedi di pantai kawasan Hutan Simpan Berakas baru-baru ini, jumlah ke kematian lemas di pantai bagi 2016 telah melonjak kepada enam kes.

    Sehubungan dengan peningkatan jumlah kes mati lemas yang dipercayai berlaku disebabkan oleh arus deras (rip current), badan sukarela dan pertubuhan bukan kerajaan, Beach Bunch dengan rakan-rakan kongsi mengadakan Hari Kesedaran Keselamatan Pantai di Pantai Tungku, hari ini.

    Presiden Beach Bunch, Awang Rizan Latif berkata, usaha itu merupakan inisiatif pihaknya bersama rakan mereka termasuk agensi kerajaan untuk menyebarkan maklumat dan kesedaran dalam kalangan masyarakat agar mengamalkan sikap berhati-hati serta peka kepada keselamatan diri apabila berenang di tepi pantai.

    “Kami ingin meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan di pantai terutama mengenai kejadian arus deras, di mana ia dikenal pasti sebagai penyebab mati lemas bukan sahaja di pantai Brunei tetapi juga di negara-negara lain di dunia,” kata Awang Rizan.

    Menurut Awang Rizan, arus deras boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan bukan hanya pada musim tengkujuh. Arus deras juga boleh berlaku semasa air surut yang dalamnya kurang daripada satu meter.

    Tanda amaran dan maklumat arus deras yang dipasang di Pantai Tungku. Beach Bunch bersama rakan termasuk agensi kerajaan telah melancarkan inisiatif untuk menyebarkan maklumat dan kesedaran dalam kalangan masyarakat agar mengamalkan sikap berhati-hati serta peka kepada keselamatan diri apabila berada atau berenang di tepi pantai.
    Tanda amaran dan maklumat arus deras yang dipasang di Pantai Tungku. Beach Bunch bersama rakan termasuk agensi kerajaan telah melancarkan inisiatif untuk menyebarkan maklumat dan kesedaran dalam kalangan masyarakat agar mengamalkan sikap berhati-hati serta peka kepada keselamatan diri apabila berada atau berenang di tepi pantai.
    Jualan amal semasa Hari Kesedaran Keselamatan Pantai di Pantai Tungku.
    Jualan amal semasa Hari Kesedaran Keselamatan Pantai di Pantai Tungku.

    “Pantai di Brunei yang dikenal pasti sering berlaku kejadian arus deras ialah Pantai Tungku, Pantai Berakas, Pantai Meragang dan Pantai Muara berdasarkan kejadian yang sering dilaporkan,” kata Awang Rizan lagi.

    Beliau berkata, acara hari ini merupakan salah satu usaha pihaknya bersama rakan-rakan kongsi mereka untuk memberikan makluman kepada orang ramai khususnya pengunjung pantai mengenai amalan selamat semasa berenang.

    Beach Bunch, ulasnya lagi, meletakkan bendera berwarna merah kuning sebagai kawasan selamat untuk berenang dan bendera merah untuk kawasan bahaya atau kawasan yang sering berlaku arus deras.

    Beliau menambah, jika terdapat sesiapa yang menghadapi masalah terperangkap dalam arus deras, mereka boleh mengangkat tangan dan peluncur papan Pantai Tungku yang memantau keadaan akan bersedia untuk membantu. Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian kecemasan 995 jika berlaku sebarang kecemasan semasa berada di pantai.

    Bendera amaran merah kuning yang diletakan untuk menandakan kawasan yang selamat untuk berenang.
    Bendera amaran merah kuning yang diletakan untuk menandakan kawasan yang selamat untuk berenang.

    Selain itu, menurut Awang Rizan, pihak bomba dan penyelamat, paramedik dan polis juga berada di pantai untuk memberikan bantuan jika diperlukan.

    “Usaha ini adalah kerjasama di antara pihak Beach Bunch dan agensi-agensi kerajaan untuk meningkatkan kesedaran dan menjaga keselamatan orang ramai terutama pengunjung pantai semasa hari kelepasan awam atau hujung minggu,” kata beliau.

    Selain itu, acara berkenaan ulasnya lagi, turut dianjurkan dengan kerjasama Empat.bn dan The Collective dengan mengadakan klinik berenang dan demonstrasi pertolongan kecemasan.

    Acara itu juga menyaksikan penyertaan kira-kira 15 peserta dalam jualan amal untuk mengutip dana bagi Program Penyelamat Nyawa Beach Bunch dengan hasil jualan digunakan untuk membeli peralatan keselamatan di pantai seperti jaket keselamatan, bendera amaran dan papan tanda amaran serta maklumat arus deras.

    Kelihatan orang ramai bermandi-manda di Pantai Tungku.
    Kelihatan orang ramai bermandi-manda di Pantai Tungku.
    Papan tanda amaran dan maklumat arus deras yang dipasang di Pantai Tungku.
    Papan tanda amaran dan maklumat arus deras yang dipasang di Pantai Tungku.
    Awang Rizan berkata kejadian lemas sering berlaku di pantai disebabkan oleh arus deras.
    Awang Rizan berkata kejadian lemas sering berlaku di pantai disebabkan oleh arus deras.

    Beliau berkata, papan tanda itu akan dipasang di pantai-pantai yang dikenal pasti pada awal Januari.

    Ketika mengulas lanjut mengenai Program Penyelamat Nyawa Beach Bunch, Awang Rizan berkata ia merupakan program untuk melatih dan melahirkan penyelamat sukarela yang akan ditempatkan di kawasan pantai pada hujung minggu dan semasa cuti umum.

    “Mereka merupakan sukarela yang akan menjadi penyelamat separuh masa dan ditempatkan di kawasan pantai yang dikenal pasti di Daerah Brunei dan Muara semasa hujung minggu dan cuti umum.”

    Awang Rizan turut menekankan pentingnya pemantauan keselamatan kerana salah satu penyebab kejadian mati lemas adalah sebilangan orang kurang memahami keadaan laut dan arus deras.

    “Mereka tidak tahu tindakan yang perlu dilakukan jika terperangkap dalam arus deras. Oleh itu, amat penting bagi orang ramai untuk tahu dan memahami bagaimana untuk bertindak jika mereka terperangkap dalam keadaan kecemasan. Kami ada di sini untuk cuba membantu menghalang sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku,” katanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://britefamilydental.com.au/wp-includes/bandarqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/dominoqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/