Beaufort perlu jeti mudahkan operasi banjir
BEAUFORT, 28 Dis – Beaufort memerlukan sebuah jeti bagi memudahkan misi menyelamat dan penghantaran bantuan kepada penduduk terjejas banjir di sekitar daerah ini. Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata jeti terdekat ialah jeti nelayan yang terletak di Weston kira-kira 36 km dari pekan Beaufort. “Ini mengambil masa lama untuk misi menghantar bantuan, khususnya bekalan makanan, kepada penduduk terjejas banjir di kawasan terlibat. “Saya


































