Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Beberapa jalan di KB, Seria ditutup sementara

    Oleh Nurdiyanah R.

    BELAIT, 18 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara beberapa jalan di kawasan Perbandaran Kuala Belait dan Seria (peta) secara berperingkat bagi perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf paip pembetungan yang akan bermula hari ini sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan nanti. 

    Menurut kenyataan JKR, kerja-kerja penyelenggaraan yang bermula pada jam 8 malam sehingga jam 4 pagi hari berikutnya itu meliputi kawasan Perbandaran Kuala Belait iaitu Jalan Nakhoda Ragam, Jalan Mckerron, Jalan Pasar, Jalan Bunga Rampai, Jalan Bunga Raya, Jalan Bunga Tanjong, Jalan Sungai, Jalan Bunga Rambai dan kawasan Sekolah Chung Hwa Kuala Belait. 

    Manakala jalan raya di kawasan Perbandaran Seria meliputi Jalan Raja Isteri, Jalan Sultan Omar Ali, Jalan Bunga Kuning, Jalan Bunga Kenanga, Jalan Bunga Melor, Jalan Bunga Kemantin dan Lorong Pasar juga termasuk dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan menaiktarafkan tersebut. 

    Sehubungan dengan itu, para pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan-jalan alternatif yang terdapat di kawasan berkenaan.

    Beberapa jalan di kawasan Perbandaran Kuala Belait dan Seria akan mengalami penutupan sementara secara berperingkat bagi perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf paip pembetungan. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...