Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Sempena Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan diadakan pada 31 Mei nanti di ibu negara, Urus setia Tertinggi Sambutan Jubli Intan memaklumkan raptai bagi acara kemuncak berkenaan akan diadakan pada 29 Mei pada pukul 8:30 pagi hingga 10:30 pagi.
Dalam hubungan itu, beberapa jalan utama di Bandar Seri Begawan iaitu Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Jalan Elizabeth Dua, Jalan Mc Arthur, Jalan Kianggeh, Jalan Residency, Jalan Pretty, Jalan Sumbiling, Jalan Stoney yang terlibat akan dikawal selia di sepanjang raptai berkenaan oleh pihak Jabatan Siasatan Kawalan Lalu Lintas, Pasukan Polis Diraja Brunei.
Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Intan ABDB memaklumkan sebahagian jalan yang terlibat akan dikawal selia untuk memberi ruang bagi latihan berkenaan.
Sehubungan dengan itu, adalah dinasihatkan dan dipohonkan kerjasama serta perhatian orang ramai dan para pengguna jalan raya mengenai dengan perkara berkenaan.