Beberapa kesalahan lalu lintas dikesan menjelang tahun baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Sebanyak satu kesalahan doket, 16 kompaun dan 25 peringatan telah dikeluarkan oleh Daerah Polis Brunei Muara kepada para pemandu apabila Operasi 6 Balai dijalankan pada 31 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017 yang menumpukan pada enam lokasi di Daerah Brunei dan Muara.

Operasi yang melibatkan sekatan jalan raya di Jalan Utama Berakas, Jalan Katimahar, Jalan Lumapas, Jalan Kuala Lurah dan Lebuh Raya Mentiri itu diketuai oleh pemangku pegawai pemerintah Daerah Polis Brunei dan Muara.

Di samping itu, sebanyak 130 buah kenderaan juga telah ditahan dan diperiksa dalam operasi yang melibatkan enam buah balai di bawah jagaan Daerah Polis Brunei dan Muara, di mana antara kesalahan yang didapati termasuk tidak mempunyai lesen memandu yang sah, cukai jalan mansuh, insurans mansuh dan lampu plat lesen tidak menyala.

Antara sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak Pasukan Polis Diraja Brunei.
Antara sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak Pasukan Polis Diraja Brunei.