Monday, March 17, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beberapa perkhidmatan feri ditutup hari ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (PBMP) memaklumkan bahawa dalam situasi penularan COVID-19, beberapa perkhidmatannya ditutup sementara bermula esok sehingga 31 Mac.

    Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut termasuk bagi kapal MV Suria Express dan MV Shuttle Hope akan ditutup sementara.

    Kapal-kapal berkenaan akan beroperasi semasa tempoh penutupan sekiranya terdapat permintaan ramai serta mendapat kebenaran daripada agensi yang berkenaan, jelas PBMP dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

    Walau bagaimanapun, perjalanan antara Wilayah Persekutuan Labuan – Brunei Darussalam – Wilayah Persekutuan Labuan menggunakan perkhidmatan kapal MV Goodwill Star yang tiba pukul 11:30 pagi dan bertolak pada 12:30 tengah hari dan MV Sri Labuan 3 atau MV Ming Hai yang tiba 2:55 petang dan bertolak 4:40 petang masih beroperasi.

    Dalam hal ini, orang ramai yang berhasrat untuk membuat pelayaran menaiki kapal berkenaan dinasihatkan untuk membuat tempahan awal sekurang-kurangnya sehari sebelum memulakan pelayaran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda