Beberapa perlumbaan dahului Tour de France

PARIS, 20 MEI – Beberapa perlumbaan akan diadakan sebelum Tour de France yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Ogos, menurut kalendar lumba basikal terkini yang didedahkan semalam.

Tatkala pengharaman ke atas sukan dibatalkan, perlumbaan pertama di Perancis adalah Route d’Occitanie di antara 1 hingga 4 Ogos diikuti oleh cabaran gunung sehari di Mont Ventoux dan seterusnya Tour de I’Ain dari 7 hingga 9 Ogos.

Juga dimasukkan dalam program adalah perlumbaan Criterium de Dauphine di antara 12 hingga 16 Ogos dan seterusnya kejohanan Tour du Limosin empat hari bermula dari 18 Ogos.

Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa menegaskan tarikh tersebut akan sentiasa dikemaskini mengikut situasi kesihatan berhubung pandemik koronavirus dalam negara.

Perlumbaan Jelajah telah pun dijadualkan semula untuk bermula dari Nice pada 29 Ogos daripada tarikh asal Jun dalam satu usaha untuk memastikan acara utama sukan boleh diadakan pada musim ini. – AFP