Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    Bebola kopi mesra alam bakal dilancarkan

    BERLIN, 16 SEPT – Peruncit Swiss, Migros berkata baru-baru ini ia akan melancarkan sistem pembuatan kopi bertujuan mengganti kapsul yang menghasilkan ribuan tan bahan buangan di seluruh dunia setiap tahun.

    Syarikat itu berkata kapsul berbentuk sfera – digambarkan sebagai ‘bebola kopi’ – boleh diurai sepenuhnya, tidak seperti bekas plastik dan aluminium yang dipopularkan oleh pesaing Nestle di bawah jenama Nespresso 36 tahun lalu.

    Migros berkata bebola kopinya dibubuh dalam sarung nipis, tanpa perasa, berasaskan rumpai laut yang boleh dibuang bersama kopi yang habis setelah digunakan.

    Syarikat itu berkata sistem CoffeeB, yang juga memaparkan alat pembuat kopi khas, akan dikeluarkan pertama kali di Switzerland dan Perancis pada tahun ini, diikuti Jerman pada 2023. – AP

    Kapsul kopi kelihatan dalam mesin kopi Coffee B daripada jenama Migros Cafe Royal, yang dipamerkan pada sidang media Migros di Zurich pada 6 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...