Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Bebola udang kara tapi bukan!

    HONG KONG, 17 JAN – Rupanya dan rasanya mungkin kelihatan seperti udang kara, namun agensi pemantau pengguna Hong Kong memberi amaran kepada peminat fanatik makanan hot pot bahawa bebola daging seperti rasa krustasea itu sebenarnya bukan dari laut.

    Bebola daging yang sentiasa ada di Hong Kong yang obsesi makanan – ditawarkan dalam bentuk pencucuk sate oleh gerai makan dan juga item menu popular dalam hot pot dan restoran barbeku.

    Namun sesiapa yang teringin sangat untuk menikmati bebola udang kara mungkin agak berang dengan siaran media dari Majlis Pengguna Hong Kong hari ini, yang mengatakan ia telah menjalankan ujian DNA ke atas pelbagai bebola daging buat pertama kali.

    “Kesemua 10 sampel bebola udang kara tidak dikesan memiliki DNA krustasea itu, termasuk sampel yang disenarai udang kara dalam senarai bahan tersebut,” katanya.

    Hanya dua sampel diuji menunjukkan ia bukan diperbuat daripada udang kara sebenar, hanya menggelar produk mereka mempunyai ‘perasa tiruan bebola udang kara’.

    Pengerusi majlis jawatankuasa penyelidikan dan ujian, Nora Tam Fung-yee, berkata penemuan mengejutkan itu masih menimbulkan misteri mengenai apa sebenarnya yang terkandung dalam ‘bebola udang kara’ tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...