Beckenbauer teruja pencapaian Deschamps

BERLIN, 18 Julai – Franz Beckenbauer, yang telah memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan seorang jurulatih, mengalu-alukan Didier Deschamps dengan berkata ‘selamat datang ke kelab kami’.

Beckenbauer telah memenangi Piala Dunia sebagai pemain bersama Barat Jerman pada tahun 1972 dan sebagai pengurus untuk pasukan Jerman pada tahun 1990. Dia mengikut jejak langkah warga Brazil Mario Zagallo, yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain pada tahun 1958 dan 1962, manakala sebagai jurulatih pada tahun 1970 dan sebagai pembantu jurulatih pada tahun 1994.

Deschamps telah memenangi Piala Dunia sebagai pemain pada tahun 1998 dan baru-baru ini mencapai kejayaan sebagai seorang jurulatih apabila Perancis menewaskan Croatia 4-2 pada perlawanan akhir di Moscow.

“Kini kita bertiga,” kata Der Kaiser kepada akhbar Jerman, Bild. ” Mungkin kita perlu bertemu.”

Seperti Beckenbauer, Deschamps telah memimpin negaranya sebagai kapten dalam kemenangan Piala Dunia, di mana menurut warga Jerman itu sebagai sesuatu yang hebat.

Ketua jurulatih skuad Perancis, Didier Deschamps telah mencipta sejarah ber-sama skuad muda berbakat Perancis dengan menjuarai Piala Dunia Rusia 2018. Beckenbauer sangat mengalu-alukan Deschamps dalam senarai pemenang Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih. – AFP

“Anda secara automatiknya belajar bagaimana untuk menerajui sebuah pasukan,” kata Beckenbauer. “Ia banyak membantu saya sebagai seorang jurulatih.

“Daripada semua pasukan pilihan Piala Dunia, hanya Perancis yang melalui kejohanan itu dengan tahap yang konsisten.”

Beckenbauer menambah bahawa dia fikir kelab itu harus lebih besar.

“Ia mengejutkan dengan era Piala Dunia yang panjang ini, sejak 1930, tidak ramai yang berjaya,” katanya. “Sebahagiannya sudah mencuba, sebagai contohnya Maradona, namun gagal mencapainya.” – AFP