Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Beijing buka semula restoran ketika kes baharu turun

    BEIJING, 6 JUN – Para pelanggan mula kembali ke restoran di Beijing buat pertama kali dalam masa lebih sebulan hari ini ketika pihak berkuasa melanjutkan pelonggaran sekatan berkaitan pandemik selepas membanteras penularan kecil COVID di bawah pendekatan ‘sifar-COVID’ China.

    Muzium, pawagam dan gim dibenarkan beroperasi kira-kira 75 peratus kapasiti, sementara pemandu penghantar sekali lagi dapat membawa pakej kiriman terus ke pintu pelanggan berbanding sebelumnya apabila hanya meninggalkannya di tempat masuk kawasan apartmen.

    Kembali kepada keadaan hampir normal itu dilaksanakan di mana-mana di Beijing kecuali di sebuah daerah dan bahagian lain, di mana penularan masih lagi ada.

    Sekolah-sekolah yang dibuka sebahagiannya lebih awal akan dibuka penuh pada 13 Jun, disusuli dengan tadika pada 20 Jun.

    Di Shanghai, penduduk seramai 25 juta orang itu kekal dalam sekatan pergerakan seluruh bandar yang kebanyakannya dikurung dalam apartmen atau kawasan kejiranan selama dua bulan. – AP

    Orang ramai makan di sebuah restoran di Beijing pada 6 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...