BEIJING – Ia mungkin muncul sebagai satu kejutan kepada pengguna harian di ibu negara ini, namun menurut laporan trafik terkini, Beijing tidak lagi sebuah bandar paling sesak di negara ini.
Laporan tahunan yang dikeluarkan oleh penyedia perkhidmatan navigasi Cina AutoNavi (tersenarai sebagai AMAP di NASDAQ), berkata Jinan dan Harbin telah menumpaskan Beijing dalam mempunyai kesesakan lalu lintas paling teruk diantara 60 buah bandar raya China yang dikaji selidik pada tahun 2016.
Beijing dinobatkan sebagai bandar raya paling sesak dalam laporan pada tahun 2015. Para penduduk mencipta istilah ‘shoudu,’ yang berbunyi serupa dengan ‘bandar’ tetapi bermaksud ‘yang paling sesak,’ untuk mempersendakan lalu lintas di Beijing, rumah kepada 21.7 juta orang dan 5.7 juta kereta.
Menurut laporan terkini, Jinan, Harbin, Beijing, dan Chongqing adalah empat buah bandar yang mempunyai indeks kesesakan lalulintas yang paling tinggi melebihi 2.0, yang bermaksud pengangkutan di waktu puncak mengambil masa dua kali ganda berbanding pada luar waktu puncak.
Guiyang, Shenzhen, Kunming, Hangzhou, Dalian, dan Guangzhou masing-masing menduduki tempat kelima hingga kesepuluh dalam senarai tahun ini.

Shanghai, yang menduduki tempat ketujuh pada tahun 2015, adalah bukan diantara 10 teratas pada tahun ini.
Malah, laporan itu menunjukkan bahawa trafik di ketiga-tiga bandar mega iaitu Beijing, Shanghai dan Guangzhou telah bertambah baik – sementara kesesakan telah menjadi satu isu terutamanya di bandar-bandar wilayah dan hab ekonomi wilayah.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Beijing telah membelanjakan 30 bilion yuan (AS$4.4 bilion) setiap tahun secara purata dalam rangkaian kereta api bawah tanah.
Bandar ini kini mempunyai 18 jalur kereta api bawah tanah, sebahagian besar dibina pada beberapa dekad yang lalu.
Lima baris laluan baru akan ditambah pada tahun 2017 dan mengikut perancangan kerajaan, barisan dengan jarak gabungan perjalanan sebanyak 900 kilometer akan digunakan oleh pengguna antara tahun 2016 dan 2020. – Xinhua

































