Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Beijing kesan kes tempatan pertama Omicron

    HONG KONG, 16 JAN – Beijing melaporkan kes jangkitan pertama varian Omicron, menurut media tempatan, beberapa minggu sebelum pembukaan Sukan Olimpik musim sejuk.

    Individu yang dijangkiti tersebut tinggal dan bekerja di bandar yang terletak di bahagian barat laut daerah Haidian dan tidak mempunyai sebarang sejarah perjalanan ke luar Beijing bagi tempoh dua minggu kebelakangan. Dia mengalami gejala pada Khamis dan menjalani ujian COVID-19 pada Jumaat, menurut pegawai semasa sidang media kelmarin ketika mereka mengesahkan jangkitan.

    Jangkitan tersebut dilaporkan kurang tiga minggu sebelum majlis perasmian Sukan Olimpik musim sejuk pada 4 Februari, dan kira-kira dua minggu sebelum sambutan Tahun Baharu Cina di China.

    Setakat ini, beberapa buah bandar di China melaporkan jangkitan varian Omicron, termasuk Shanghai, bandar Xi’an di bahagian barat, bandar-bandar di wilayah Guangdong di selatan seperti Zhuhai dan Zhongshan, bandar Tianjian, yang terletak 30 minit perjalanan menaiki kereta api berkelajuan tinggi.

    Pegawai-pegawai di seluruh negara menyeru penduduk untuk kekal berada di bandar-bandar mereka berada semasa tahun baharu, berbanding membuat perjalanan pulang ke kampung halaman. China melaksanakan dasar ketat ‘Sifar-COVID’, dengan pihak berkuasa menguatkuasakan perintah berkurung termasuk keseluruhan bandar seperi Xi’an ketika penularan tempatan dikesan sebagai usaha untuk mengekang jangkitan komuniti.

    China melaporkan 119 kes jangkitan baharu koronavirus kelmarin, 65 daripadanya adalah kes domestik. Negara itu mencatatkan 104,864 kes jangkitan sejak pandemik bermula.- AP

    Seorang penduduk menjalani ujian saringan di luar sebuah bangunan pejabat komersial di Beijing. Beijing melaporkan kes jangkitan pertama varian Omicron.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...