Beijing laksana suntikan penggalak menjelang Olimpik

BEIJING, 20 OKT – Beijing mula menawarkan penduduknya vaksin penggalak COVID-19, menurut media tempatan hari ini, ketika bandar China bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk pada Februari depan.

China telah sepenuhnya memvaksinasi lebih satu bilion penduduk – lebih 78 peratus daripada penduduknya – ketika pertengahan September, menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Namun adanya kebimbangan berhubung keberkesanan vaksin China menentang varian koronavirus Delta.

COVID-19 pertama kali dikesan di bandar tengah Wuhan lewat 2019 dan merebak ke seluruh dunia.

Vaksin penggalak itu akan ditawarkan kepada penduduk berusia 18 tahun ke atas yang sudah lengkap menerima vaksin kira-kira enam bulan, menurut laporan Beijing News.

Langkah itu muncul ketika Beijing dijangka akan menghoskan Olimpik Musim Sejuk di bawah peraturan ketat yang akan menyaksikan atlet tinggal dan bersaing dalam ‘gelanggang tertutup’ dan hanya penonton China dibenarkan untuk menyaksikan acara tersebut. – AFP