Beijing mahu AS batal tutup konsulat China

BEIJING, 22 JULAI – China meminta Amerika Syarikat (AS) segera membatalkan keputusannya untuk menutup pejabat Konsulat China di Houston, lapor agensi berita Sputnik, memetik jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin hari ini.

Terdahulu, Ketua Pengarang Global Times menulis di Twitter kerajaan AS mengarahkan misi diplomatik itu ditutup dalam masa 72 jam.

“Itu provokasi politik sepihak AS, pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa, peraturan utama berkaitan hubungan antarabangsa dan perjanjian konsular dua hala antara China dan AS.” – Bernama