BEIJING, 3 Ogos – Beijing telah mengeluarkan garis panduan bagi tandas-tandas di restoran, dalam langkah untuk menambah baik kondisi sanitasi 5000 buah restoran di bandar itu, tahun ini, menurut laporan Beijing Youth Daily, hari ini.
Garis panduan itu dikeluarkan oleh pentadbiran makanan dan ubat jabatan perbandaran semalam, di mana garis panduan itu mempunyai lebih 40 peraturan berkaitan alam sekitar, kemudahan, pembersihan dan disinfeksi.
Kakitangan restoran dikehendaki untuk memeriksa kondisi sanitasi setiap jam dan setiap 15 minit pada waktu makan. Kesemua tanda dikehendaki disinfeksi sekurang-kurangnya sekali sehari, dan kemudahan lain seperti kepala paip, sink, susur tangan, pengering tangan dan saluran udara perlulah disinfeksi sekurang-kurangnya empat kali sehari.
Garis panduan tersebut turut melarang restoran-restoran untuk menggunakan lambang tandas yang disesuaikan, yang sukar untuk dikenal pasti. Tandas-tandas di restoran
turut dikehendaki untuk memiliki pembahagi, cermin dan penutup tempat duduk tandas pakai buang.
“Garis panduan itu menandakan permulaan bagi ‘revolusi tandas’ di restoran-restoran Beijing,” kata pegawai pentadbiran, Duan Zhiyong.
Pada 2015, China telah melancarkan ‘revolusi tandas’ di seluruh negara untuk memastikan tandas-tandas awam lebih bersih dan teratur. Para pemimpin di negara itu telah menyeru bagi usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti tandas di negara itu.
Menurut Duan, garis panduan itu akan diperkenalkan kepada sektor makanan awam di Beijing, bersama 5000 restoran dijangka memperbaiki perkhidmatan dan suasana tandas mereka menjelang hujung tahun ini. – Xinhua