BEIJING, 4 JAN – Beijing menutup ‘gelembung’ Olimpik musim sejuknya hari ini, menyediakan tempat Sukan, pengangkutan dan kakitangan untuk acara sukan besar-besaran yang paling ketat di dunia sejak pandemik global.
China, di mana virus itu muncul menjelang penghujung tahun 2019, telah menjalankan strategi sifat toleransi terhadap COVID-19 dan mengambil pendekatan yang sama untuk mengehadkan potensi kesan pandemik itu pada Sukan Olimpik musim sejuk bermula 4 sehingga 20 Februari dan seterusnya, Paralimpik.
Mulai hari ini, ribuan kakitangan sukan yang terlibat, sukarelawan, pembersih, tukang masak dan jurulatih pemandu akan diasingkan selama seminggu yang dipanggil ‘gelung tertutup’ tanpa akses fizikal langsung ke dunia luar.
Berbeza dengan Olimpik musim panas Tokyo yang tertangguh disebabkan COVID-19, yang hanya mengehadkan pergerakan dari luar dan dalam untuk para sukarelawan dan kakitangan lain. Media dunia dan lebih kurang 3,000 atlet dijangkakan untuk datang ke ibu kota China itu dalam beberapa minggu akan datang dan akan kekal dalam gelembung dari saat mereka tiba sehingga mereka pergi meninggalkan negara.
Sesiapa yang memasuki gelembung ini mesti divaksinasi dengan lengkap atau kuarantin selama 21 hari apabila mereka tiba, dan semua yang berada di dalam akan menjalani ujian setiap hari dan mesti memakai pelitup muka setiap masa.
Satu sidang temu bual dengan AFP pada Jumaat lalu, Zhao Weidong, iaitu ketua jabatan media jawatankuasa penganjur Olimpik, berkata Beijing “bersedia sepenuhnya.”
“Hotel, pengangkutan, penginapan, serta projek Olimpik musim sejuk yang diterajui sains dan teknologi kami sudah sedia,” kata Zhao.
Peminat tidak akan mengambil bahagian dalam ‘gelung tertutup,’ dan penganjur akan memastikan mereka tidak akan beramah mesra dengan para atlet dan orang lain yang berada dalam gelembung itu.
Penduduk yang tinggal di China juga diarah untuk menjalani kuarantin apabila mereka keluar dari gelembung itu untuk pulang ke rumah.
Sistem ini termasuk dengan pengangkutan antara tempat-tempat, dengan sistem kereta api berkelajuan tinggi ‘gelung tertutup’ yang beroperasi selari dengan yang terbuka kepada orang ramai. – AFP