BEIJING, 9 Jan – Beijing mengeluarkan garis panduan untuk mengubah bangunan kilang lama yang terdapat di bandar itu, menjadi hab budaya dan pada masa sama membangunkan industri budaya, lapor agensi berita Xinhua.
Bangunan kilang lama boleh diubah menjadi pusat kebudayaan, perpustakaan, muzium dan galeri.
Di bawah garis panduan itu, bahagian hadapan struktur bangunan kilang lama digalakkan dipelihara semasa proses pengubahsuaian dilakukan.
Individu dan syarikat juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam pengubahsuaian bangunan lama.
Pada masa ini, Beijing mempunyai lebih 200 bangunan kilang lama, meliputi seluas 25 juta meter persegi.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sejumlah kilang telah digunakan untuk menjalankan aktiviti kebudayaan. – Bernama