BEIJING, 28 Mei – China telah menyuarakan ‘perasaan tidak puas hati’ selepas dua buah kapal perang AS belayar melintasi sebuah pulau yang dituntut oleh Beijing di Laut China Selatan, menambah lagi ketegangan di jalan air strategik itu.
Kementerian luar mengeluarkan satu kenyatan meluahkan ‘tentangan sebulat suara’ terhadap pelayaran kapal perang AS di wilayah Paracel Island yang dipertikaikan semalam.
Tentera AS menjalankan apa yang digelarnya pelayaran ‘kebebasan pengemudian’ di Laut China Selatan untuk mencabar tuntutan Beijing ke atas hak wilayah di kawasan tersebut, walaupun AS tidak mempunyai tuntutannya sendiri di rantau yang dipertikaikan itu.
Kapal perang Tentera Laut AS Higgins dan Antietam, masing-masing merupakan kapal pemusnah dan cruiser, memasuki perairan wilayah China tanpa kebenaran dan bertemu dengan Ten-tera Laut China, yang “menjalankan pengesahan dan pengenalan kapal AS mengikut undang-undang dan mengi-ngatkan mereka supaya meninggalkan kawasan itu,” kata kementerian.
Agensi berita Xinhua berkata kedua-dua kapal ‘diusir’ dari perairan.

Operasi itu dijalankan seminggu selepas Beijing menghantar pesawat pengebom ke pulau yang dipertikaikan dalam satu taktik kuasa untuk menunjukkan kekuatan tenteranya dan merangsang tuntutan wilayahnya di kawasan tersebut.
Tindakan itu menimbulkan kritikan daripada AS, yang pada minggu lalu menarik balik jemputannya kepada China untuk menyertai latihan laut di Pasifik disebabkan ‘kempen tentera berterusan’ oleh Beijing di Laut China Selatan.
Beijing telah membina pulau tiruan untuk memperkukuhkan tuntutannya terhadap sebahagian besar Laut China Selatan meskipun bantahan daripada negara-negara Asia Tenggara.
Jirannya, terutamanya beberapa negara yang terbabit dalam perbalahan laut berhubung perairan itu, telah meluahkan kebimbangan China mungkin mengehadkan kebebasan pelayaran dan lintas terbang di kawasan itu. – AFP