Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekalan air tak menentu hantui penduduk

    Oleh Imelda Groves HA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Penduduk Simpang 1462, Kampung Limau Manis menyuarakan keresahan mengenai masalah bekalan tekanan air rendah yang telah dialami sejak sekian lama.

    Menurut penduduk kampung berkenaan, masalah itu telah lama dialami dan aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa akan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil bagi menanganinya.

    Salah seorang penduduk kampung tersebut yang enggan dikenali, turut menyatakan bahawa bekalan air yang terdapat di kawasan kampung itu kadang kala terputus tanpa sebarang notis atau makluman.

    Akibat masalah tersebut, penduduk kampung terpaksa membeli bekalan air mineral untuk menampung keperluan mereka sehari-hari terutamanya untuk memasak dan minum malahan kadang-kala terpaksa menggunakannya untuk membersihkan diri.

    Penduduk kampung berkenaan berharap agar pihak berkenaan dapat segera membantu menangani masalah tersebut dan bertindak secepat mungkin untuk menyelesaikannya atau memberi alternatif bantuan lain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda