Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Bekalan ayam di Sabah mencukupi menjelang sambutan Pesta Kaamatan

    KOTA KINABALU, 29 MEI – Bekalan daging ayam mentah di Sabah mencukupi khususnya menjelang sambutan perayaan Pesta Kaamatan yang akan disambut esok hingga 31 Mei, kata Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sabah (PPDNHEP) Georgie Abas.

    Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat pembelian panik, memandangkan bekalan ayam mentah yang sedia ada mencukupi, selepas hasil pemeriksaan mendapati bekalan daging ayam masih boleh diperoleh di pasar-pasar utama, pasar raya dan kedai runcit.

    “Di Sabah terdapat 19 penternak ayam pedaging utama yang boleh mengeluarkan tiga juta ayam sebulan, dan dianggarkan purata mampu mengeluarkan 100,000 ekor ayam sehari, sementara bekalan ayam dihantar ke pasar raya utama antara 100 hingga 300 ekor daging ayam sehari,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

    Georgie berkata pemeriksaan dan pemantauan bekalan ayam termasuk barangan keperluan asas yang lain telah dijalankan untuk memastikan bekalan barangan keperluan asas tidak terputus dan dijual pada harga yang berpatutan. – Bernama

    Peniaga melayan pelanggan di gerainya di Pasar Besar Kota Kinabalu pada 26 Mei lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...