Bekalan daging disembunyi?

Ketika keadaan global masih di bawah ancaman virus COVID-19, pelbagai aspek dalam kehidupan harian kita terjejas, daripada ekonomi, pekerjaan dan bekalan makanan serta banyak lagi.

Begitu juga di negara kita, mengalami kekurangan terutama daging-daging mentah dan barang-barang beku.

Baru-baru ini, saya mencari daging beku di kedai-kedai di Daerah Brunei dan Muara agak terkilan dan kecewa kerana ketiadaan bekalannya.

Namun, apa yang menarik perhatian saya, terdapat sebuah kedai yang saya kunjungi, pada awalnya saya melihat tiada sebarang daging cincang beku ada di peti ais kedai tersebut.

Apabila saya bertanyakan kepada pekerja kedai berkenaan bila bekalan daging kisar akan ada lagi. Pekerja kedai tersebut mengatakan bekalan baharu belum diketahui bila akan ada kerana kekurangan bekalan.

Belum sempat saya keluar daripada kedai tersebut, seorang pekerja lain menjawab pertanyaan saya tadi dengan jawapan yang sama semuanya habis.

Setelah pekerja lain itu mendekati saya, dia pun berbisik kepada saya, bertanyakan saya mahu berapa paket daging kisar dan dia akan mengeluarkan bekalan daging kisar beku yang mereka ‘sembunyikan’.

Saya pun merasa terkejut dengan bekalan yang disembunyikan itu.

Bila ditanya, kononnya tidak mahu pelanggan membeli dengan kuantiti yang banyak sehingga pelanggan lain tidak dapat membeli.

Bagi saya, kalau benar pernyataan tersebut, kenapa pihak kedai tidak membuat tanda yang menyatakan setiap seorang pembeli hanya dibenarkan dengan kuantiti yang dibolehkan.

Wajarkah perbuatan ‘menyembunyikan’ tersebut dilakukan demi pelanggan lain? Atau sememangnya ada agenda lain? Diharap ada pihak berkenaan akan memantau perihal ini dikhuatiri ada agenda tertentu.

Wajarkah