Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    Bekalan darah di tahap rendah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN 13 JAN – Kementerian Kesihatan melalui Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan tabung-tabung darah di kesemua hospital daerah mengalu-alukan orang ramai untuk menderma darah memandangkan stok bekalan darah di tahap yang rendah.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, hari ini, orang ramai yang berkeinginan untuk menderma darah bolehlah berkunjung ke pusat berkenaan atau tabung-tabung darah yang berdekatan.

    Waktu-waktu operasi Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS adalah Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 4 petang.

    Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Daerah Belait juga dibukakan setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:30 petang; dan bagi Tabung Darah, Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Daerah Temburong dibuka Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari 9 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Kenyataan turut mengongsikan mengenai kempen-kempen derma darah yang akan diadakan dalam masa terdekat ini di mana Unicorp Sdn Bhd, Kompleks Perindustrian Beribi akan mengadakan kempen pada 15 Januari ini iaitu 9 pagi hingga 3 petang dan Tricor (B) Sdn Bhd di Wisma Jaya pula akan mengadakannya pada 20 Januari depan dari 10 pagi hingga 2 petang.

    Sementara pada 22 Januari, Maju Motors Sdn Bhd akan mengadakan kempen derma darah dari 10 pagi hingga 2 petang dan Rotary Club Bandar Seri Begawan pula akan menganjurkannya di Pusat Promosi Kesihatan pada 29 Januari dari 9 pagi hingga 1 petang.

    Tempahan slot melalui aplikasi BloodKad adalah sangat digalakkan.

    Untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 6001 dan 6002 atau menerusi WhatsApp di talian 7375745 ataupun berhubung melalui e-mel bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook, @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India setuju tarik balik tentera dari Maldives

    NEW DELHI, 4 DIS – India telah bersetuju untuk menarik balik tenteranya dari Maldives, kata presiden kepulauan strategik itu, memenuhi janji yang dibuatnya menjelang...