Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bekalan melebihi permintaan, pengagihan tidak seimbang

    PARIS, 8 APRIL – Dua tahun selepas berusaha untuk mengagihkan vaksin COVID kepada dunia, jumlah dos yang tersedia kini melebihi permintaan di beberapa kawasan.

    Namun jurang besar masih kekal dalam kadar vaksinasi antara negara kaya dan miskin.

    Hari ini, peneraju bersama skim pengagihan global COVAX, mengadakan sidang kemuncak menyeru lebih banyak dana untuk menangani isu ketidakseimbangan akses vaksin.

    Lebih 13 bilion dos telah dihasilkan sejak pandemik, 11 bilion telah diagihkan, menurut Persekutuan Pengilang dan Persatuan Farmaseutikal Antarabangsa (IFPMA). Kumpulan penyelidik sains, Airfinity menjangka lebih sembilan bilion dos dihasilkan pada tahun ini.

    Pfizer sahaja merancang untuk mengeluarkan empat bilion dos.

    Jumlah dos COVID yang tersedia kini melebihi permintaan namun berbilion orang masih belum menerima vaksin di seluruh dunia, kebanyakan mereka dari negara membangun. – AFP

    Namun permintaan mungkin menurun kepada enam bilion dos pada tahun ini, menurut pengurus besar IFPMS, Thomas Cueni.

    “Sejak pertengahan 2021, penghasilan vaksin global melebihi permintaan vaksin global dan jurang ini terus meningkat,” Cueni berkata kepada AFP.

    Menjelang tahun hadapan, penghasilan mungkin melebihi permintaan dengan 1.3 hingga 3.1 bilion dos, tambahnya.

    Kebanyakan negara-negara kaya kini semakin melebihi bekalan. Kesatuan Eropah (EU) dan negara-negara G7 mempunyai stok melebihi 497 juta dos pada penghujung bulan lalu.

    Terdapat kebimbangan bahawa dos itu mungkin dibazirkan. Vaksin COVID secara relatifnya mempunyai jangka hayat yang pendek – tarikh luput bagi suntikan AstraZeneca dan Novavax hanya enam bulan. Airfinity berkata 241 dos telah melepasi tarikh jualan setakat ini semasa pandemik.

    Namun, berbilion orang masih belum menerima vaksin di seluruh dunia, kebanyakan mereka dari negara membangun.

    Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran ketidakseimbangan dalam akses vaksin boleh menyebabkan munculnya varian baharu yang berkemungkinan lebih mudah berjangkit. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...