Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Bekalan, permintaan lada global tidak seimbang

    KUCHING, 7 NOV – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ketidakseimbangan antara bekalan dan permintaan merupakan antara cabaran yang dihadapi oleh industri lada dunia.

    Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata jurang itu telah memberi tekanan ketara terhadap harga dan penanaman lada di pelbagai wilayah dan kawasan.

    “Menurut Komuniti Lada Antarabangsa (IPC), dianggarkan dunia menggunakan kira-kira 213,000 tan lada pada tahun 2022, menunjukkan sedikit penurunan dalam permintaan berbanding tahun sebelumnya, yang menyaksikan penggunaan sebanyak 224,000 tan.

    “Penurunan ini sebahagian besarnya boleh dikaitkan dengan pemulihan selepas pandemik dan pelarasan permintaan yang diperlukan,” katanya semasa majlis perasmian sesi tahunan dan mesyuarat ke-51 IPC di sini, hari ini.

    Fadillah berkata pengeluaran lada global pada 2022 mencecah 537,000 tan, susut daripada 548,000 tan yang direkodkan pada 2021.

    “Penurunan dalam bekalan menunjukkan pentingnya bagi kita, bersama setiap anggota negara IPC, untuk membangunkan program yang bertujuan untuk merangsang penggunaan,” tambahnya. – Bernama

    Fadillah mencuba aiskrim daripada lada hitam ketika melawat pameran selepas merasmikan sesi tahunan dan mesyuarat ke-51 IPC kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Empat Rohingya terbunuh di Bangladesh

    BANGLADESH, 6 DIS – Empat orang pelarian Rohingya terbunuh dalam kejadian tembak-menembak antara dua kumpulan pemberontak di kem pelarian Bangladesh, kata polis hari ini. Bangladesh...