Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Bekalan senjata ke Ukraine burukkan krisis – PBB

    NEW YORK, 9 SEPT – Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang berkata tindakan sesetengah pihak yang membekalkan senjata kepada Ukraine tidak akan membawa kepada kedamaian, sebaliknya mencetuskan lebih banyak kesengsaraan.

    Beliau berkata krisis Ukraine yang telah berlarutan lebih enam bulan membuktikan bahawa senjata hanya membawa lebih banyak kesengsaraan kepada manusia.

    “Sehingga kini pertempuran sengit masih berlaku di pelbagai tempat sementara lebih banyak senjata dan peluru dihantar ke medan perang,” katanya semasa sesi perbahasan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai peningkatan penggunaan senjata di Ukraine kelmarin.

    Beliau berkata China teguh dengan pendirian bahawa dialog dan rundingan ialah kaedah paling praktis bagi menangani krisis berkenaan. Jelas beliau krisis Ukraine sekali lagi membuktikan bahawa amalan mengejar kuasa politik, langkah ketenteraan, perpecahan dan konfrontasi tidak mungkin dapat mewujudkan kedamaian dan keamanan.

    Beliau menggesa semua pihak yang terlibat untuk terus mengekalkan hubungan yang baik, memberi ruang untuk rundingan diplomatik dan berusaha mewujudkan gencatan senjata secepat mungkin. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...