Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Bekalan tenaga ke kilang-kilang disambung semula

    BEIJING, 29 OGOS – Wilayah Sichuan di barat daya China menurunkan langkah bekalan tenaga kecemasan hari ini, memulihkan kuasa ke beberapa kilang selepas berminggu-minggu bekalan elektrik terputus akibat kekurangan tenaga yang dicetuskan oleh gelombang haba.

    Sebahagian wilayah Sichuan dan Chongqing yang berjiran menyaksikan hujan dan suhu lebih rendah bermula kelmarin, selepas berminggu-minggu mencatatkan suhu lebih tinggi daripada 40 Celsius (104 Fahrenheit) dan kemarau yang melumpuhkan penjana kuasa hidro di seluruh wilayah.

    “Paras air takungan semakin meningkat beransur-ansur dan kapasiti bekalan kuasa bertambah baik,” umum kerajaan Sichuan hari ini, sambil menambah bahawa krisis bekalan kuasa telah ‘dikurangkan pada tahap tertentu’.– AFP

    Seorang kanak-kanak minum secawan besar air di Beijing pada 29 Ogos. Bekalan tenaga di kilang mulai beransur pulih selepas terjejas akibat kekurangan tenaga yang dicetuskan oleh gelombang haba. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...