MONROVIA, 29 Dis – Bekas bintang bola sepak, George Weah diumumkan sebagai pemenang pilihan raya presiden Liberia semalam, mengalahkan dengan mudah pesaingnya semasa peralihan kuasa demokrasi pertama negara itu setelah dilanda peperangan saudara, pembunuhan politik dan krisis ebola selama tujuh dekad.
Dengan hampir semua jumlah undi dikira, Presiden Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan, Jerome Korkoya mengumumkan keputusan muktamad yang dikeluarkan hari ini, tetapi Weah tidak membuang masanya untuk meraikan kemenangannya.
“Saudara-saudara Liberia saya, saya merasakan emosi mendalam bagi seluruh negara. Saya mengira kepentingan dan tanggungjawab yang besar terhadap tugas yang akan saya pikul hari ini, perubahan akan dilakukan,” menurutnya dalam Twitter.
Beratus-ratus penyokongnya berkumpul di jalan-jalan raya di Monrovia, menyanyi, menari dan berpelukan sesama mereka setelah berita kemenangan itu tersebar.
“Saya tidak pernah begitu gembira sepanjang hidup saya, kami bersaing selama 12 tahun. Kami akan melakar sejarah, seperti kanak-kanak di Afrika Selatan. Saya sangat teruja. Kami menunggu selama 12 tahun, sekarang kuasa telah pun dipegang oleh rakyat,” menurut Josephine Davies, naib presiden bagi sayap pemuda Kongres Weah untuk Perubahan Demokratik Weah, 51 tahun, dijangka menggantikan Ellen Johnson Sirleaf, yang telah mengambil alih pada 2006 untuk menerajui negara barat Afrika itu dengan memulakan membebaskan sistem perhambaan.
NEC mengumumkan Weah menang 61.5 peratus semasa pusingan undi Selasa, yang mana telah ditangguhkan selama beberapa minggu selepas pesaingnya Naib Presiden Josseph Boakai mencabar undang-undang sah, berikutan pusingan pertama pada Oktober. – AFP