Bekas bintang DPMM FC, O’Donovan cemerlang di Liga-A

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JUN – Bekas bintang DPMM FC Roy O’Donovan telah menyertai Liga A dan meneruskan kehebatannya mencetak gol untuk kelab baharunya Newcastle Jets bagi musim 2019-2020 yang telah terjejas akibat wabak COVID-19.

Pemain berbangsa Ireland itu telah menjaringkan tiga gol dalam tujuh penampilannya bersama Jets sejak menyertainya dari Brisbane Roar, kelab Liga-A di mana dia telah memberikan impak positif, pada bulan Februari lalu.

O’Donovan adalah salah seorang bekas bintang pasukan DPMM FC pada musim 2014 yang memenangi Piala Liga Singapura.

DPMM FC gagal merangkul gelaran Liga Singapura setelah kekalahan pada hari terakhir musim ini kepada Tampines Rovers FC membantu Warriors merebut gelaran juara. Beliau yang merupakan bekas pemain Sunderland di Liga Perdana Inggeris pada musim 2007-08, menikmati kempen yang produktif dengan pasukan Gegar Gegar setelah mencatat 15 gol dalam 24 penampilan liga.

Beliau menjalin kerjasama yang cukup serasi dengan bekas penyerang DPMM FC, Rodrigo Tosi, menjadi kegemaran peminat dan meraih anugerah penjaring terbanyak dengan 24 gol.

O’Donovan juga mempamerkan aksi yang cukup cemerlang di Piala Liga Singapura setelah menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan termasuk jaringan hatrik dalam kemenangan 3-2 menentang Hougang United, yang mengangkat pasukannya di tangga teratas dalam kumpulan dan berjaya melangkah ke pusingan kalah mati.

Selepas meninggalkan DPMM FC, O’Donovan menandatangani kontrak dengan kelab Indonesia, Mitra Kukar, tetapi tidak lama setelah hanya tampil sekali untuk pasukan tersebut.

O’Donovan memulakan babak baru dalam Liga A menyertai Central Coast Mariners pada tahun 2015.

Reaksi O’Donovan semasa meraikan jaringannya pada perlawanan yang lalu. O’Donovan sebagai salah seorang penjaring terbanyak dalam Liga-A telah mengumpulkan 48 gol dalam 98 penampilan di liga untuk tiga kelab berbeza sepanjang lima musim.