Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Bekas CEO OpenAI sertai Microsoft

    LOS ANGELES, 21 Nov – Microsoft pada Ahad mengumumkan syarikat itu melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI, Sam Altman dan pengasas bersama Greg Brockman untuk mengetuai pasukan penyelidik AI Microsoft.

    “Kami kekal komited terhadap perkongsian kami dengan OpenAI dan yakin dengan pelan hala tuju produk, keupayaan kami untuk terus membuat pembaharuan di Microsoft Ignite, serta terus menyokong pelanggan dan rakan kongsi kami,” kata CEO Microsoft, Satya Nadella di platform media sosial X.

    Altman dipecat pada Jumaat selepas lembaga pengarah OpenAI tidak lagi yakin terhadap keupayaannya untuk terus menerajui OpenAI.

    OpenAI diasaskan pada 2015 sebagai organisasi tidak berasaskan keuntungan dengan misi utama untuk memastikan kecerdasan buatan (AI) memberi manfaat kepada manusia.

    Pada 2019, OpenAI distruktur semula untuk memastikan syarikat itu dapat mengumpul modal dalam usahanya menjayakan misi berkenaan. – Bernama

    Logo syarikat kecerdasan buatan (AI) AS, OpenAI. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...